BELIA PERLU BERFIKIRAN TERBUKA

LUMUT 19 Feb. - Golongan belia di negara ini diminta berfikir secara terbuka dan bertindak bijak dalam menangani pelbagai pemikiran baru yang dihadapi golongan muda sekarang.

SEMANGAT KESUKARELAWAN BELIA

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu melahirkan rasa kagumnya dengan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan golongan belia negara ini bagi menjayakan program "Himpunan Sejuta Belia 2011" di sini yang bermula semalam sehingga 29 Mei.

PLATFORM BELIA JANA EKONOMI

“Melalui bantuan dan sokongan mentor, belia akan lebih terbuka dalam menghadapi risiko. Program ini juga adalah peluang terbaik kepada golongan belia untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup,” katanya. Menurutnya, sebelum Rakan 4Biz dilancarkan, ia terlebih dahulu mengadakan mejlis persefahaman (MoU) bersama 10 mentor perintis pada 18 Februari tahun lalu dan setelah setahun, tahun ini adalah proses pengembangan dan gerak kerja pelakasanaannya.

Showing posts with label EKONOMI. Show all posts
Showing posts with label EKONOMI. Show all posts

Friday, 6 July 2012

PLATFORM BELIA JANA EKONOMI


Rakan 4Biz sasar tarik 1,000 mentee, 50 mentor
 
Norhana Fariza Harun 

Rakan 4Biz yang diterajui Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia menerusi Program Usahawan Mentor Mentee Belia Malaysia optimis menarik 1,000 mentee dan 50 mentor menyertai program tersebut menjelang hujung tahun ini.

Pengerusinya, Abdul Rizam Mohd Akhir berkata, sejak dilancarkan secara rasmi pada 29 mei tahun lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rajak, 4Biz kini mempunyai 22 mentor daripada pelbagai bidang syarikat.
“Progam ini adalah salah satu inisiatif kami membantu golongan belia memantapkan ekonomi dan mencipta peluang perniagaan menerusi perkongsian pengalaman dan pengetahuan mentor yang terlibat.
“Melalui bantuan dan sokongan mentor, belia akan lebih terbuka dalam menghadapi risiko. Program ini juga adalah peluang terbaik kepada golongan belia untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup,” katanya.
Menurutnya, sebelum Rakan 4Biz dilancarkan, ia terlebih dahulu mengadakan mejlis persefahaman (MoU) bersama 10 mentor perintis pada 18 Februari tahun lalu dan setelah setahun, tahun ini adalah proses pengembangan dan gerak kerja pelakasanaannya.

“Belia bebas memilih mentor yang diinginkan. Dengan modal serendah RM100 sebagai contoh, mereka layak menjadi ejen syarikat, sekaligus melayakkan sehingga 400 peratus daripada hasil jualan.

“Kepada mentor pula, setiap mentor dibenarkan untuk menggunakan jenama dan logo Rakan 4Biz pada produk keluarannya. Menerusi majalah Buletin yang akan dikeluarkan pula, ia secara tidak langsung akan membantu dalam bahagian promosi dan pengiklanan,” katanya.

Berkonsepkan mentor mentee, program itu dilihat lebih selektif dalam memilih mentor di mana syarikat yang dipilih adalah dalam kalangan jenis perniagaan yang boleh membantu belia dengan kadar minimum supaya produk dan perkhidmatan diketengahkan mendapat tempat di pasaran.

Menjadikan empat kumpulan utama iaitu professional; eksekutif dan pegawai; pekerja dan lepasan siswazah; dan belia yang tidak bekerja sebagai sasaran utama, nyata program ini telah dirangka secara terperinci dalam melahirkan usahawan di Negara ini.