Objektif
• Mewujudkan persatuan/komuniti yang saling berhubung antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai kegiatan dan aktiviti belia;
• Menyatu, menyusun dan menggembleng tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan negara serta bersifat Glokal dan Inovatif;
• Mewujudkan unsur prihatin , mahir, dinamik sebagai teras pembangunan modal insan kelas pertama golongan belia dengan semangat "Yakin Boleh";
• Memaju dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli belia untuk mewujudkan masyarakat yang lebih makmur;
• Membangunkan imej diri belia dengan penerapan nilai-nilai positif membina watak, displin, hormat-menghormati, setia, bekerjasama, bersatu dan bersemangat patriotik;
• Memperbanyakkan jaringan hubungan dalam melaksanakan secara bersepadu bersama agensi yang mempunyai kepakaran khusus yang berkaitan dengan belia.
1. Mencipta peluang perniagaan kepada golongan belia serta membantu menjana ekonomi dengan cara yang lebih sistematik.
2. Melahirkan serta meningkatkan lagi golongan usahawan muda yang berjaya dalam bidang perniagan yang diceburi.
3. Mengetahui teknik yang terbaik dan sesuai untuk berjaya dengan lebih cemerlang dalam bidang perniagaan melalui bimbingan Mentor
4. Pembinaan kualiti kepimpinan dan amalan pengurusan yang cemerlang hasil daripada latihan
5. Penguasaan amalan komunikasi yang berkesan.
6. Mencipta suasana perniagaan yang bebas daripada aktiviti negatif seperti penyalahgunaan dadah
7. Peluang kepada Organisasi yang terlibat untuk bekerjasama dan seterusnya mengembangkan sayap perniagaan melalui jaringan Belia Malaysia
8. Membantu meningkatkan lagi aktiviti ekonomi Negara.
9. Mengurangkan peraturan pengangguran dikalangan golongan belia di Negara ini.
10. Mengenalpasti peluang perniagaan yang mempunyai potensi untuk diketengahkan kepada golongan Belia Malaysia serta sokongan kerajaan