BELIA PERLU BERFIKIRAN TERBUKA

LUMUT 19 Feb. - Golongan belia di negara ini diminta berfikir secara terbuka dan bertindak bijak dalam menangani pelbagai pemikiran baru yang dihadapi golongan muda sekarang.

SEMANGAT KESUKARELAWAN BELIA

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu melahirkan rasa kagumnya dengan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan golongan belia negara ini bagi menjayakan program "Himpunan Sejuta Belia 2011" di sini yang bermula semalam sehingga 29 Mei.

PLATFORM BELIA JANA EKONOMI

“Melalui bantuan dan sokongan mentor, belia akan lebih terbuka dalam menghadapi risiko. Program ini juga adalah peluang terbaik kepada golongan belia untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup,” katanya. Menurutnya, sebelum Rakan 4Biz dilancarkan, ia terlebih dahulu mengadakan mejlis persefahaman (MoU) bersama 10 mentor perintis pada 18 Februari tahun lalu dan setelah setahun, tahun ini adalah proses pengembangan dan gerak kerja pelakasanaannya.

Friday, 6 July 2012

RAKAN 4BIZ PEMANGKIN USAHAWAN


Pendekatan mentor mentee bantu usahawan muda jalankan pernigaan
Gerak Korporat Gerakan Belia 4Biz, sebagai platform inovasi kreatif bersesuaian dengan kumpulan sasaran iaitu golongan belia yang mempunyai minat tersendiri serta tahap motivasi tinggi untuk Berjaya dalam kehidupan.
Majlis pelancaran Rakan 4Biz disempurnakan Menteri Besar Batik Resort sempena Mesyuarat Perwakilan Agong Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke-35 pada 18 Februari 20011.

Ini merupakan satu flatform kepada golongan belia menceburi bidang keusahawan dan menjadikannya sebagai salah satu kerjaya belia pada masa hadapan.
Rakan 4Biz merupakan platform Mentor Mentee yang member focus sepenuhnya terhadap pembangunan ekonomi golongan belia menerusi pelbagai program perniagaan serta aktiviti yang dirangka. Ini bertujuan mempertingkatkan lagi taraf ekonomi golongan belia di Negara ini dan diiktiraf Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai program Usahawan Mentor-Mentee Belia Malaysia.
Pengarah Program Rakan 4Biz merangkap Pengerusi Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia, Abdul Rizam Mhd Akhir berkata, perkembangan terkini rakan 4Biz adalah untuk proses pengembangan dan pengukuhan.
Setelah setahun melalui pelan perlaksanaan terutamanya kepada menggiatkan lagi usaha berpandukan kepada system pemantauan yang berkala.
PERANCANGAN TERATUR
Program Rakan 4Biz mengumpulkan seberapa banyak syarikat terpilih, terdiri daripada pelbagai bidang perniagaan untuk turut serta membantu merealisasikan program ini dengan lebih efektif serta sistematik. Syarikat itu akan dilantik sebagai Mentor dan memfokuskan kepada penyediaan peluang perniagaan, latihan serta bimbingan kepada belia yang akan bertindak sebagai Mentee.
Mentor juga akan membantu serta member panduan kepada usahawan muda bagi menguruskan sebuah perniagaan dengan lebih teratur dan bersistematik.
Pada masa sama, Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia akan mengumpulkan seberapa ramai golongan muda yang berminat untuk menjadi usahawan bagi mengikuti program ini dan akan memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan teratur.
Semua Pengerusi Gerak Korporat di peringkat negeri, kawasan (parlimen) dan cawangan akan terlibat secara langsung dan seterusnya melibatkan semua belia di Negara ini kea rah pembangunan ekonomi yang lebih sihat dan terjamin.
Maklumat dan memperkenalkan Mentor kepada Rakan 4Biz yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Mei 2011 di Putrajaya sempena Himpunan Sejuta Belia- (sebahagian teks hilang)
CEBURI PERNIAGAAN
Program dilaksanakan Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia adalah dengan mewujudkan kesadaran dan maklumat kepada belia mengenai perkara seperti berikut:
  • Berminat mempelajari bidang keusahawan
  • Minat dalam bidang keusahawanan disebabkan pengaruh rakan sebaya ………….pilihan kerjaya lain
  • Minat dalam bidang keusahawanan disebabkan dorongan keluarga
  • Memilih kerjaya dalam bidang ………………depan
  • Laluan kerjaya yang menawarkan peluang kegiatan atau pendidikan yang menyediakan pengetahuan untuk menjadi usahawan.
Ini adalah berdasarkan satu usaha penyelidikan dengan kerjasama sebuah university tempatan yang telah dilaksanakan bagi memastikan Program Rakan 4Biz ini menepati dan mencapai sasarannya.
Majlis menandatangani Persefahaman (MoU) dan Perfume Sdn Bhd diwakili Ketua Sekretariat Rakan 4Biz, Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia, Ahmad Zakir Abdul Rahman, baru-baru ini. Pemilihan Hot Perfume sebagai Mentor diyakini dapat membantu dan membimbing lebih ramai belia menceburi bidang perniagaan.
“Pihak Sekretariat mensasarkan untuk melahirkan seramai 1,000 orang Usahawan Belia pada 2012 dan yakin melalui pelan pelaksanaan serta pemantauan yang telah dirangka, sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Tetap Dan Pengerusi Gerak Korporat, Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Selangor pada……

PLATFORM BELIA JANA EKONOMI


Rakan 4Biz sasar tarik 1,000 mentee, 50 mentor
 
Norhana Fariza Harun 

Rakan 4Biz yang diterajui Gerak Korporat Gerakan Belia 4B Malaysia menerusi Program Usahawan Mentor Mentee Belia Malaysia optimis menarik 1,000 mentee dan 50 mentor menyertai program tersebut menjelang hujung tahun ini.

Pengerusinya, Abdul Rizam Mohd Akhir berkata, sejak dilancarkan secara rasmi pada 29 mei tahun lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rajak, 4Biz kini mempunyai 22 mentor daripada pelbagai bidang syarikat.
“Progam ini adalah salah satu inisiatif kami membantu golongan belia memantapkan ekonomi dan mencipta peluang perniagaan menerusi perkongsian pengalaman dan pengetahuan mentor yang terlibat.
“Melalui bantuan dan sokongan mentor, belia akan lebih terbuka dalam menghadapi risiko. Program ini juga adalah peluang terbaik kepada golongan belia untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup,” katanya.
Menurutnya, sebelum Rakan 4Biz dilancarkan, ia terlebih dahulu mengadakan mejlis persefahaman (MoU) bersama 10 mentor perintis pada 18 Februari tahun lalu dan setelah setahun, tahun ini adalah proses pengembangan dan gerak kerja pelakasanaannya.

“Belia bebas memilih mentor yang diinginkan. Dengan modal serendah RM100 sebagai contoh, mereka layak menjadi ejen syarikat, sekaligus melayakkan sehingga 400 peratus daripada hasil jualan.

“Kepada mentor pula, setiap mentor dibenarkan untuk menggunakan jenama dan logo Rakan 4Biz pada produk keluarannya. Menerusi majalah Buletin yang akan dikeluarkan pula, ia secara tidak langsung akan membantu dalam bahagian promosi dan pengiklanan,” katanya.

Berkonsepkan mentor mentee, program itu dilihat lebih selektif dalam memilih mentor di mana syarikat yang dipilih adalah dalam kalangan jenis perniagaan yang boleh membantu belia dengan kadar minimum supaya produk dan perkhidmatan diketengahkan mendapat tempat di pasaran.

Menjadikan empat kumpulan utama iaitu professional; eksekutif dan pegawai; pekerja dan lepasan siswazah; dan belia yang tidak bekerja sebagai sasaran utama, nyata program ini telah dirangka secara terperinci dalam melahirkan usahawan di Negara ini.

SEMANGAT KESUKARELAWAN BELIA


PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu melahirkan rasa kagumnya dengan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan golongan belia negara ini bagi menjayakan program "Himpunan Sejuta Belia 2011" di sini yang bermula semalam sehingga 29 Mei.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, menyifatkan sikap yang ditunjukkan golongan belia itu sebagai pencapaian yang boleh dibanggakan.
"Yang amat istimewa ialah semangat kesukarelawanan. Saya dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mereka datang sendiri, mereka tidak disediakan apa-apa logistik. Mereka buat khemah sendiri cari tempat, menguruskan pasukan sendiri, biasanya kita kena menanggung dengan perbelanjaan besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak aktiviti 'Himpunan Sejuta Belia', di sini Sabtu.
Muhyiddin juga gembira kerana sambutan itu yang menyasarkan menghimpunkan sejuta belia di Putrajaya sudah dicapai dalam tempoh dua hari walaupun ia berakhir esok.
Katanya sambutan itu akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan ia menjadi daya tarikan utama kepada golongan belia yang menyediakan ruang untuk mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bidang yang diminati termasuk sukan, muzik dan kerjaya.
"Saya rasa hari ini istimewa kerana berpeluang untuk menyaksikan sendiri kehadiran sejumlah yang agak besar belia, sasaran sejuta itu saya dimaklumkan sudah dicapai. Di sini saya merasakan nadi dan jantung belia Malaysia berhimpun di Putrajaya," katanya.
Kemeriahan program Himpunan Sejuta Belia 2011 semakin terasa pada hari ini dengan kehadiran Muhyiddin yang diiringi Ahmad Shabery dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim melawat tapak-tapak aktiviti, bermula dari Persiaran Perdana berhampiran menara Kementerian Belia dan Sukan, dengan menaiki trem khas yang disediakan.
Kalangan belia yang hadir dari seluruh pelusuk negara mengambil kesempatan bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, sekali gus bersorak menunjukkan kegembiraan mereka terhadap kehadiran Muhyiddin di tapak aktiviti.
Muhyiddin singgah seketika di tapak Sasuke Malaysia yang mempamerkan aksi lasak dan seterusnya ke tapak Karnival Belia Generasi Usahawan untuk melancarkan Program Mentor-Menti Generasi Belia Usahawan-Rakan 4Biz.
Muhyiddin juga menyaksikan dua perjanjian persefahaman (MoU) iaitu antara Jalian Persefahaman Gerak Waris 4B Malaysia dan Pergerakan Puteri Umno serta Gerakan Belia 4B Malaysia dan Global Wellness Foundation.
Ini disusuli dengan lawatan ke Ekspo Pendidikan sebelum beliau singgah di tapak Permainan Cak Lempong 36 jam dan pelancaran Fly 1Malaysia.
Beliau seterusnya melawat tapak MAHA Youth sebelum menamatkan lawatannya di tapak Rentap Futsal yang berjaya menarik penyertaan 1,624 pasukan, sekali gus mencatat rekod baru dalam Malaysia Book of Records. - BERNAMA
Link mstar(klik sini)
Link Umno-Online(klik sini)

BELIA PERLU BERFIKIRAN TERBUKA


LUMUT 19 Feb. - Golongan belia di negara ini diminta berfikir secara terbuka dan bertindak bijak dalam menangani pelbagai pemikiran baru yang dihadapi golongan muda sekarang.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ini kerana golongan tersebut telah mengalami perubahan yang ketara termasuk gaya kepimpinan mereka pada masa ini.
Katanya, mereka kini lebih bersikap terbuka berbanding dengan golongan belia sebelum ini.
"Kita melihat pemikiran golongan belia sekarang lebih terbuka dalam semua aspek dan apa yang berlaku di seluruh dunia terutama pembabitan belia dalam tunjuk perasaan di Mesir baru-baru ini jelas mencerminkan pemikiran baru dan tindak-tanduk golongan itu.
"Kita perlu fahami suasana golongan itu yang sudah berlainan sama sekali dengan wujudnya dunia maya dan dalam konteks hubungan mereka bukan secara bersemuka tetapi secara interaktif," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke-35 di Teluk Batik Resort di sini malam tadi.
Hadir sama Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mua'amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin. Lebih 400 belia menghadiri perhimpunan tersebut.
Terdahulu Zambry menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Rakan 4BIZ dengan 10 syarikat yang memberi fokus kepada pembangunan ekonomi belia 4B di negara ini.
Tambah Zambry, sebagai pemimpin masa kini, kita jangan ambil mudah terhadap generasi belia sekarang berbanding dengan generasi belia dahulu.
Menurutnya, generasi belia masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang perlu ditangani dengan cara mereka sendiri.
Zambry berkata, belia juga perlu menceburi bidang keusahawan yang berdaya maju dalam melahirkan golongan itu yang berwibawa.
"Saya percaya pembabitan generasi belia dalam bidang keusahawanan akan membolehkan mereka meningkatkan taraf pembangunan ekonomi belia," katanya.
Link Majlis Belia Malaysia(klik sini)
Link Utusan Online(klik sini)