BELIA PERLU BERFIKIRAN TERBUKA

LUMUT 19 Feb. - Golongan belia di negara ini diminta berfikir secara terbuka dan bertindak bijak dalam menangani pelbagai pemikiran baru yang dihadapi golongan muda sekarang.

SEMANGAT KESUKARELAWAN BELIA

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu melahirkan rasa kagumnya dengan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan golongan belia negara ini bagi menjayakan program "Himpunan Sejuta Belia 2011" di sini yang bermula semalam sehingga 29 Mei.

PLATFORM BELIA JANA EKONOMI

“Melalui bantuan dan sokongan mentor, belia akan lebih terbuka dalam menghadapi risiko. Program ini juga adalah peluang terbaik kepada golongan belia untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup,” katanya. Menurutnya, sebelum Rakan 4Biz dilancarkan, ia terlebih dahulu mengadakan mejlis persefahaman (MoU) bersama 10 mentor perintis pada 18 Februari tahun lalu dan setelah setahun, tahun ini adalah proses pengembangan dan gerak kerja pelakasanaannya.

Friday, 13 July 2012

KATA-KATA 5 TOKOH TENTANG KHASIAT MINYAK KELAPA DARA.




1.       “Minyak Kelapa Dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”Dr. Bruce Fife Ph.D, Doctor Naturopathy –USA

2.       Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat antivirus, anti bacteria, anti kulat, anti fungus, anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit”Dr. John J. Kabara Ph.D, University Michigan, USA

3.       “MInyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang member pelbagai khasiat kesihatan”Dr. Mary Enig Ph.D, University Maryland USA

4.       “Virgin Coconut Oil stands strong as the most salutary oil that you use. It contains abundance of beneficial nutrients and research treasures that are really valuable. Indeed i would really like you to include Virgin Coconut Oil as part of your daily nutrition intake”
Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician MBBBS Bsc (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP

5.       Dr. Halldor Thormar, ahli sains Icelandic, telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara, dapat membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.

45 KESAN POSITIF MINYAK KELAPA DARA!


  1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
  2. meningkat kadar metabolisma badan
  3. antivirus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
  4. anti oksida semulajadi
  5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
  6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
  7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
  8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
  9. berupaya menurunkan berat badan
  10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
  11. membekal sumber tenaga dengan cepat
  12. melembab dan melembutkan kulit
  13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
  14. mengurangkan kesan keracunan makanan
  15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
  16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
  17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
  18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
  19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
  20. mengurangkan risiko dan kesan demam
  21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
  22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
  23. mengurangkan risiko dan kesan selesema dan resdung
  24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
  25. mengurangkan risiko dan kesan lelah
  26. mengurangkan risiko kesan buasir
  27. mengurangkan risiko dan kesan sembelit
  28. mengurangkan risiko dan kesan hepatitis A,B,C
  29. mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut
  30. mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi dan gusi
  31. mengurangkan risiko dan kesan kanser
  32. mengurangkan risiko dan kesan leukemia
  33. mengurangkan risiko dan kesan psoriasis dan sebarang penyakit kulit
  34. mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut
  35. mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
  36. mengurangkan risiko dan kesan strok atau angin ahmar
  37. mengurangkan risiko dan kesan herpes, syphilis, gonorrhea
  38. mengurangkan risiko dan kesa penyakit Crohn
  39. mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
  40. mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
  41. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu
  42. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hati
  43. mengurangkan risiko dan kesan pemebesaran prostate
  44. mengurangkan risiko dan kesan pneumonia atau radang paru-paru
  45. mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga.

PERBEZAAN ANTARA MINYAK KELAPA DARA DAN MINYAK KELAPA.


Minyak kelapa dara diproses dengan tidak menggunakan sebarang haba atau bahan kimia. Ini menyebabkan struktur dalaman asal minyak kelapa dara terpelihara dan dapat mengekalkan sifat-sifat antivirus dan antibakteria serta mineral penting yang terkandung di dalamnya yang sangant bermanfaat untuk manusia sejagat.

Manakala, untuk memproses minyak kelapa biasa secara komersil dan meluas, haba dan kimia digunakan menyebabkan struktur dalman minyak kelapa biasa terganggu dan berubah. Ini mungkin boleh memudaratkan. Antaranya, meningkatkan kolesterol dan menaikkan berat badan.

Oleh kerana minyak kelapa dara amat rumit untuk dihasilkan, ia hampir tidak wujud di dalam pasaran minyak makan.

Selain kos pengeluarannya juga tinggi dan tidak mampu bersaing dengan pasaran minyak lain. Agak pelik, apabila dinyatakan minyak kelapa secara umum berbahaya untuk kesihatan kerana pohon kelapa hebat dengan pelbagai fungsi dari pangkal hingga ke hujung. Malangnya apabila pihak luar mempunyai kepentingan global mengatakan minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan, kita seperti mempercayainya tanpa mengkaji dan mendapatkan maklumat yang benar mengenainya.


APAKAH MINYAK KELAPA DARA?


Minyak kelapa dara merupakan satu kurniaan Allah yang digelar sebagai ‘minyak ajaib’. Ianya merangkumi segala aspek termasuklah dari segi perubatan, kecantikan dan juga sebagai ‘fuctional food’.

Minyak kelapa dara adalah minyak yang diekstrak dari isi buah kelapa segar (tanpa copra) dengan cara mekanikal dan semulajadi. Bagi melindungi dan mengekalkan khasiat penting dalam minyak kelapa dara, proses untuk menghasilkannya langsung tidak melibatkan sebarang bahan kimia, peluntur, atau proses  menghilangkan bau. Dengan ini, kita akan mendapat hasil yang mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi sekaligus adalah amat sesuai untuk diminum.

Karakter fizikal minyak kelapa dara adalah tidak berwarna dan mempunyai rasa dan bau yang enak. Minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi haruslah sejernih kristal.

Minyak kelapa dara tidak boleh dipaten oleh mana-mana pihak untuk kepentingan perniagaan. Ini menggugat industri kesihatan dan perubatan global yang menyebabkan syarikat farmasi antarabangsa khuatir jualan ubat-ubatan moden boleh merosot seandainya manusia beralih kepada sesuatu yang semulajadi.

Wujudnya kempen global Persatuan Minyak Soya Amerika pada awal tahun 1970-an yang mengatakan minyak kelapa membahayakan kesihatan menjadikan industri kelapa Malaysia terkubur. Oleh kerana banyak kajian perubatan dipengaruhi oleh syarikat farmasi antarabangsa, tidak ada seorang doktor yang mengatakan minyak kelapa dara berfungsi untuk kesihatan.             

Syarikat-syarikat besar farmasi dunia juga mengenakan cengkaman ke atas semua sekolah perubatan di dunia. Mereka memberi sumbangan berbillion ringgit untuk menjalankan penyelidikan yang keputusan disesuaikan mengikut kepentingan perniagaan global mereka.

Kini, industri kesihatan dunia bergantung kepada perubatan moden yang berasaskan kimia. Ia boleh membawa kesan jangka panjang kepada perubatan alternatif yang banyak berasaskan bahan semulajadi.

Dengan wujudnya kempen kesedaran tentang kesan jangka panjang perubatan moden barat, minyak kelapa dara sudah pasti akan mendapat tempat di persada industri kesihatan global. Oleh itu, Malaysia perlu mengambil langkah proaktif untuk mempromosi minyak kelapa dara disamping minyak sawit yang sedia terkenal.