Minyak kelapa dara merupakan satu kurniaan Allah yang digelar sebagai ‘minyak ajaib’. Ianya merangkumi segala aspek termasuklah dari segi perubatan, kecantikan dan juga sebagai ‘fuctional food’.
Minyak kelapa dara adalah minyak yang diekstrak dari isi buah kelapa segar (tanpa copra) dengan cara mekanikal dan semulajadi. Bagi melindungi dan mengekalkan khasiat penting dalam minyak kelapa dara, proses untuk menghasilkannya langsung tidak melibatkan sebarang bahan kimia, peluntur, atau proses menghilangkan bau. Dengan ini, kita akan mendapat hasil yang mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi sekaligus adalah amat sesuai untuk diminum.
Karakter fizikal minyak kelapa dara adalah tidak berwarna dan mempunyai rasa dan bau yang enak. Minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi haruslah sejernih kristal.
Minyak kelapa dara tidak boleh dipaten oleh mana-mana pihak untuk kepentingan perniagaan. Ini menggugat industri kesihatan dan perubatan global yang menyebabkan syarikat farmasi antarabangsa khuatir jualan ubat-ubatan moden boleh merosot seandainya manusia beralih kepada sesuatu yang semulajadi.
Wujudnya kempen global Persatuan Minyak Soya Amerika pada awal tahun 1970-an yang mengatakan minyak kelapa membahayakan kesihatan menjadikan industri kelapa Malaysia terkubur. Oleh kerana banyak kajian perubatan dipengaruhi oleh syarikat farmasi antarabangsa, tidak ada seorang doktor yang mengatakan minyak kelapa dara berfungsi untuk kesihatan.
Syarikat-syarikat besar farmasi dunia juga mengenakan cengkaman ke atas semua sekolah perubatan di dunia. Mereka memberi sumbangan berbillion ringgit untuk menjalankan penyelidikan yang keputusan disesuaikan mengikut kepentingan perniagaan global mereka.
Kini, industri kesihatan dunia bergantung kepada perubatan moden yang berasaskan kimia. Ia boleh membawa kesan jangka panjang kepada perubatan alternatif yang banyak berasaskan bahan semulajadi.
Dengan wujudnya kempen kesedaran tentang kesan jangka panjang perubatan moden barat, minyak kelapa dara sudah pasti akan mendapat tempat di persada industri kesihatan global. Oleh itu, Malaysia perlu mengambil langkah proaktif untuk mempromosi minyak kelapa dara disamping minyak sawit yang sedia terkenal.
0 comments:
Post a Comment