Friday, 13 July 2012

PERBEZAAN ANTARA MINYAK KELAPA DARA DAN MINYAK KELAPA.


Minyak kelapa dara diproses dengan tidak menggunakan sebarang haba atau bahan kimia. Ini menyebabkan struktur dalaman asal minyak kelapa dara terpelihara dan dapat mengekalkan sifat-sifat antivirus dan antibakteria serta mineral penting yang terkandung di dalamnya yang sangant bermanfaat untuk manusia sejagat.

Manakala, untuk memproses minyak kelapa biasa secara komersil dan meluas, haba dan kimia digunakan menyebabkan struktur dalman minyak kelapa biasa terganggu dan berubah. Ini mungkin boleh memudaratkan. Antaranya, meningkatkan kolesterol dan menaikkan berat badan.

Oleh kerana minyak kelapa dara amat rumit untuk dihasilkan, ia hampir tidak wujud di dalam pasaran minyak makan.

Selain kos pengeluarannya juga tinggi dan tidak mampu bersaing dengan pasaran minyak lain. Agak pelik, apabila dinyatakan minyak kelapa secara umum berbahaya untuk kesihatan kerana pohon kelapa hebat dengan pelbagai fungsi dari pangkal hingga ke hujung. Malangnya apabila pihak luar mempunyai kepentingan global mengatakan minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan, kita seperti mempercayainya tanpa mengkaji dan mendapatkan maklumat yang benar mengenainya.


0 comments:

Post a Comment