Syarikat ini berkembang apabila permintaan terhadap produk minyak kelapa dara semakin meningkat. Selain itu, syarikat ini juga mula menjalin kerjasama dengan Belia 4B Malaysia untuk memberi peluang yang lebih luas kepada golongan belia untuk memulakan perniagaan mereka dalam pengedaran minyak kelapa dara. Kami menyediakan perkhidmatan bimbingan keusahawanan kepada golongan belia yang berminat menerusi aktiviti-aktiviti luar yang memberi peluang golongan ini mengenali masyarakat serta memberi latihan keusahawanan secara komprehensif.
Pada pertengahan tahun 2011, bersama-sama rakan kongsi kami mengorak langkah dengan lebih jauh untuk melebarkan sayap perniagaan dan seterusnya menjenamakan produk kami yang dikenali sebagai Oasis…the nature secrets. Rangkaian produk kami terdiri daripada minyak kelapa dara, pencuci muka dan sabun badan berasaskan minyak kelapa dara.
Sasaran kami untuk menjadikan jenama Oasis dikenali bukan sahaja di pasaran dalam Negara tetapi juga di luar Negara. Oleh itu, pihak kami giat menghadiri konvesyen antarabangsa yang menawarkan peluang untuk memasarkan produk bumiputera ke peringkat antarabangsa.